YAB Ketua Menteri turun padang

0 comments


Pinang Tunggal- Berikutan banjir besar yang melanda negeri Kedah dan bimbang akan keadaan di Seberang Perai terutamanya kawasan dipersisiran Sungai Muda, YAB Ketua Menteri sendiri turun padang untuk memantau keadaan paras air dirumah pam Bumbung Lima, Kepala Batas baru-baru ini.
Turut hadir ke lokasi pada petang itu ialah YB Phee Boon Poh, YB Lim Hock Seng, YB Law Choo Kiang, YB Malik, Penyelaras Kadun dan YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai. YAB Ketua Menteri diberi taklimat ringkas oleh Timbalan Pengarah JPS Pulau Pinang, Tuan Haji Abu Bakar.

Bencana Atau Penganiayaan

0 comments

Pinang Tunggal - Seorang petani yang mengusahakan tanaman sayuran kacang panjang di Kampung Selamat mengalami kerugian hampir RM30 ribu akibat ditenggelami air baru-baru ini. Saliran sementara dikatakan tertimbus akibat tanah runtuh kerana hujan lebat baru-baru ini. Ini semua terjadi gara-gara pembinaan longkang konkrit disepanjang laluan Landasan Berkembar Keretapi Elektrik oleh kontraktor utama MMC-GAMUDA.

Majlis makan malam bersama kaum Tionghua

0 comments



Pejabat Penyelaras Kadun Pinang Tunggal dengan kerjasama AJK Tokong Tingkat Selamat 2, Kampung Selamat telah mengadakan majlis makan malam dengan tujuan untuk mengumpul dana bagi pembangunan dan aktiviti rumah ibadat tersebut disamping dapat mengeratkan hubungan diantara pemimpin tempatan dengan penduduk setempat. Turut hadir ialah YB Lim Hock Seng, Ahli Majlis MPSP dan AJK PKR Cabang Kepala Batas.